Friday 16 January 2015

BARANGAN ELEKTEIK MASIH BERFUNGSI WALAU TERSELAM AIR BANJIR?BAGAIMANA?

Salam pagi Jummat semua teman-teman.. Hari ni Alynn kembali lagi..Alhamdulillah ..

Nak cerita pasal barang-barang eletrik yang terkena banjir ni.

Haa....Ingat!
Jangan di buang barangan elektrik yang terselam banjir ni tau.. Sebenarnya ia masih boleh digunakan lagi..Tak percaya??

Alynn masih menggunakannya sampai sekarang ni.
Kan rumah Alynn terkena banjir kan..so, periuk dapur gas semua masuk air lah..

Nak tau Alynn buat camne?

CARA-CARA NAK BERSIHKAN BARANGAN ELEKTRIK YANG TERSELAM BANJIR

1. Mula-mula basuh dan cuci barangan elektrik sehingga bersih.

2. Buka penutup dan buka skru dan cuci bahagian motor atau enjinnya.

3. Keringkan dan jemur di tengah panas beberapa hari sehingga betul-betul yakin kerinh.

4. Bila dah kering, cuba pasangkan. InsyaAllah masih berfungsi.

Haa...Itu lah yang Alynn buat dan sekarang masih boleh di gunakan lagi.. Seperti kipas, periuk nasi, jug kettle, watet heater dan dapur gas..

Alhamdulillah..

Tengok kipas tu, 3 hari berendam dalam air.

Tu dapur gas pun sama.. nasib baik boleh digunakan semula.

Wednesday 14 January 2015

PULAU TERCINTA RUNTUH TERHAKIS

Assalamualaikum...lamanya tak update blog ni kan..dah berdebu dah..haiiyooo...

Banyak kenangan 2014 yang Alynn alami..Yang paling terasa dan terbaru sekali adalah banjir luar biasa baru-baru nk.. Banjir 2014 yang luar biasa dan tanpa di duga..

Hanya Allah SWT sahaja mengetahui keadaan Alynn masa tu.2 biji rumah terkena banjir ni.
Rumah di Bunut Payong 70% tenggelam..air di dalam rumah paras leher.. Air di luar rumah plak hapus kepala.

Manakala rumah di pulau plak nmasyaallah...Hanya Tuhan saja yang tau betapa sedih sayunya rasa hati ni.

Tu di Bunut Payong banjir besar kan..Boleh diterima lagi sebab sekurang-kurangnya rumah masih ada bila dibersihkan lagi..

Yang paling terkesan di hati ini adalah rumah ma abah di Pulau Haji Mat. Di mana pulau yang Alynn berkasih sayang bersama keluarga, membesar di situ.

Apa terjadi??

Ketika banjir semakin naik, air sungai semakin besar dan deras.. Air di kawasan rumah ketika itu berpusar di depan tangga..Habis semunya runtuh pokok-pokok kayu yang besar mahupun kecil.

Bayangkan antara rumah dan tebing jaraknya 20 depa lebih..tapi setelah banjir air deras dan berpusar, tanah menjadi runtuh dan terhakis dengan banyak sekali sehingga tinggal sedepa je.. Jarak rumah dan tebing sungai hanya sedepa..YaAllah...gakut dan sesih sayu ketika itu..

Pada hari yang sama adik ma dan abah bertungkus lumus bergadai nyawa menyeberangi sungai yang deras untuk selamatkan barang-barang rumah.. Keluarga Alynn dan beberapa rang di pulau tu yang membantu untuk robohkan rumah daripada hanyut dibawa arus.

Orang lain pun kena banjir kan? Tapi tak sama dengan situasi keluarga Alynn..Sebab bila banjir surut, rumah masih ada untuk berteduh tapi kami tak punya rumah..

Nak buat rumah ni bukan sehari dua kan siap..Perlukan duit, masa, modal, tenaga dan pekerja.Barulah rumah tu siap.kan??

Alynn yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian ni semua..
Alynn bersyukur sebab diberi peluang untuk teruskan hidup.
Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sedih kami tiada rumah lgi. Terima kasih Ya Allah kerana selamatkan mereka semua.

Orang lain terkena banjir juga tapi rumah masih ada..tapi kami sekeluarga tiada rumah akibat banjir tersebut.

Alhamdulillah kami selamat semuanya.. Terim Kasih Ya Allah..

Pasti ada hikmahnya..

Sedepa jer tebing sungai dengan rumah.

Sedih melihat rumahku.. :-(

Tinggal kenangan rumahku di pulau tercinta.

Lumpur...perghh....banyak!

Nasib baik tak tenggelam aircond tu.
Hari ke 2 banjir di Bunut Payong..Hari ke 3 sejengkal lagi dengan aircond tu.

Dalam bilik..hermmmm..