Friday, 16 January 2015

BARANGAN ELEKTEIK MASIH BERFUNGSI WALAU TERSELAM AIR BANJIR?BAGAIMANA?

Salam pagi Jummat semua teman-teman.. Hari ni Alynn kembali lagi..Alhamdulillah ..

Nak cerita pasal barang-barang eletrik yang terkena banjir ni.

Haa....Ingat!
Jangan di buang barangan elektrik yang terselam banjir ni tau.. Sebenarnya ia masih boleh digunakan lagi..Tak percaya??

Alynn masih menggunakannya sampai sekarang ni.
Kan rumah Alynn terkena banjir kan..so, periuk dapur gas semua masuk air lah..

Nak tau Alynn buat camne?

CARA-CARA NAK BERSIHKAN BARANGAN ELEKTRIK YANG TERSELAM BANJIR

1. Mula-mula basuh dan cuci barangan elektrik sehingga bersih.

2. Buka penutup dan buka skru dan cuci bahagian motor atau enjinnya.

3. Keringkan dan jemur di tengah panas beberapa hari sehingga betul-betul yakin kerinh.

4. Bila dah kering, cuba pasangkan. InsyaAllah masih berfungsi.

Haa...Itu lah yang Alynn buat dan sekarang masih boleh di gunakan lagi.. Seperti kipas, periuk nasi, jug kettle, watet heater dan dapur gas..

Alhamdulillah..

Tengok kipas tu, 3 hari berendam dalam air.

Tu dapur gas pun sama.. nasib baik boleh digunakan semula.

Wednesday, 14 January 2015

PULAU TERCINTA RUNTUH TERHAKIS

Assalamualaikum...lamanya tak update blog ni kan..dah berdebu dah..haiiyooo...

Banyak kenangan 2014 yang Alynn alami..Yang paling terasa dan terbaru sekali adalah banjir luar biasa baru-baru nk.. Banjir 2014 yang luar biasa dan tanpa di duga..

Hanya Allah SWT sahaja mengetahui keadaan Alynn masa tu.2 biji rumah terkena banjir ni.
Rumah di Bunut Payong 70% tenggelam..air di dalam rumah paras leher.. Air di luar rumah plak hapus kepala.

Manakala rumah di pulau plak nmasyaallah...Hanya Tuhan saja yang tau betapa sedih sayunya rasa hati ni.

Tu di Bunut Payong banjir besar kan..Boleh diterima lagi sebab sekurang-kurangnya rumah masih ada bila dibersihkan lagi..

Yang paling terkesan di hati ini adalah rumah ma abah di Pulau Haji Mat. Di mana pulau yang Alynn berkasih sayang bersama keluarga, membesar di situ.

Apa terjadi??

Ketika banjir semakin naik, air sungai semakin besar dan deras.. Air di kawasan rumah ketika itu berpusar di depan tangga..Habis semunya runtuh pokok-pokok kayu yang besar mahupun kecil.

Bayangkan antara rumah dan tebing jaraknya 20 depa lebih..tapi setelah banjir air deras dan berpusar, tanah menjadi runtuh dan terhakis dengan banyak sekali sehingga tinggal sedepa je.. Jarak rumah dan tebing sungai hanya sedepa..YaAllah...gakut dan sesih sayu ketika itu..

Pada hari yang sama adik ma dan abah bertungkus lumus bergadai nyawa menyeberangi sungai yang deras untuk selamatkan barang-barang rumah.. Keluarga Alynn dan beberapa rang di pulau tu yang membantu untuk robohkan rumah daripada hanyut dibawa arus.

Orang lain pun kena banjir kan? Tapi tak sama dengan situasi keluarga Alynn..Sebab bila banjir surut, rumah masih ada untuk berteduh tapi kami tak punya rumah..

Nak buat rumah ni bukan sehari dua kan siap..Perlukan duit, masa, modal, tenaga dan pekerja.Barulah rumah tu siap.kan??

Alynn yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian ni semua..
Alynn bersyukur sebab diberi peluang untuk teruskan hidup.
Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sedih kami tiada rumah lgi. Terima kasih Ya Allah kerana selamatkan mereka semua.

Orang lain terkena banjir juga tapi rumah masih ada..tapi kami sekeluarga tiada rumah akibat banjir tersebut.

Alhamdulillah kami selamat semuanya.. Terim Kasih Ya Allah..

Pasti ada hikmahnya..

Sedepa jer tebing sungai dengan rumah.

Sedih melihat rumahku.. :-(

Tinggal kenangan rumahku di pulau tercinta.

Lumpur...perghh....banyak!

Nasib baik tak tenggelam aircond tu.
Hari ke 2 banjir di Bunut Payong..Hari ke 3 sejengkal lagi dengan aircond tu.

Dalam bilik..hermmmm..

Wednesday, 8 October 2014

KHASIAT HERBAL BLEND

Assalamualaikum semua...

Ya Allah.... Lama betul dah tak update blog ni... berapa bulan dah erk?haishhh!

Tak mau cite panjang-panjang lah cuma nak share pasal khasiat HERBAL BLEND shaklee ni jer.

Saya sendiri memang dah gunakannya lah. Memang best sangat.
Rasa lembut dan sejuk aje.
Anak guna, saya guna dan hubby pun guna tau.. hehehe.

Antara KHASIAT HERBAL BLEND :

♥ Boleh lembutkan tumit kaki yang pecah.

♥ Boleh hilangkan ruam-ruam pada bayi.

♥ Boleh dijadikan losyen harian.

♥ Juga boleh untuk merawat dan memghilangkan parut chicken pox.

♥ Boleh juga melembabkan kulit juga.

♥ Sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat.

Itu aje nak share tentang khasiat Herbal Blend ni.

Macam mana nak dapatkan losyen yang mustajab ni?

Boleh hubungi Alynn di talian 012-9464947 @ whatsapp jer yer.

InsyaAllah saya sentiasa membantu anda!

Bye bye!

WW :WORDLESS WEDNESDAY # 6

Tuesday, 10 June 2014

Dianasour Masih wujud? Di Malaysia?

Salam sejahtera semua warga blogger dan warga alam maya..

Dah lama tak update blog ni...  Lama pergi cari dinasour la..heheh..

Apa? Dinasour masih wujud di Malaysia ni? Biar betul weh..

Alynn sebenarnya pergi tengok dinasour di Putrajaya. Ala kat Marina tu..
Siap boleh bergambar dan pegang-pegang lagi.. Haa..siapa berani datang la...kikikii...

Dinasour replika la.. Bukan dinasour yang betul punya..hehehehe..

Bayaran nak masuk RM 10 jer untuk dewasa dan kalau kanak-kanak RM6 jer..

Kalau yang hidup mana ada kat Malaysia ni. Alynn pun tak nak pergi..takotttt... Rasanya dinasour dah pupus dah..

Danish tak nak pegang takut tapi tengok dekat tak pe plak..
Hermm...mula-mula siap nangis lagi bunyi suara dinasour yang kuat tapi lastly ok jer...

Budak laki memang berani kan...

Hah! Nak tengok gambar dinasour tak???

Jom tengok-tengok gambar dulu..

Tuesday, 27 May 2014

Meal Shakes Beri Kesan Pada Anakku

Alhamdulilah....Bertemu lagi kita yer...Heeee... Assalamualaikum...

Nak bercerita mengenai Meal Shakes shaklee ni. Tak nak cerita panjang-panjang pun. hehheee..

Meal Shakes ni  memang cepat berkesan dan ada nampak perubahannya. Anak saya ni selalu gak la sembelit dan ada athma yang baru-baru nak jadi kata doktor.

Selain athma, sembelit dan kurang selera makan, banyak lagi khasiat Meal Shakes ni.
Boleh rujuk entry terdahulu kelebihan Meal shake.




Sebenarnya,
Tiba-tiba terfikir nak beli Meal Shakes dan bagi Danish minum..
 " Ermm..dap..dap..shekk" kata Danish..

Sebenarnya saya bagi ni untuk elakkan sembelit dan kurangkan asma dia tu. Tapi banyak pula kesan positif pada diri Danish.

Apa yang jadi bila minum Meal Shakes ni?

Alhamdulillah...Syukur sangat sebab baru seminggu jer minum. Dan kesannya sungguh hebat!

Sembelit Danish dah seperti biasa dan najis pun lembut. Selera makan pun bertambah-tambah. Berkenaan asma pula dah kurang batuk dan muntah malam.

Yang tak sangkanya, masa on meal shakes ni danish selsema tau, lepas minum 3 kali, Alhamdulillah selsema dan muntah cepat hilang.

Siapa tak gembira kalau anak kita happy kan..

Kepada mummy-mummy di luar sana yang inginkan kesihatan yang terbaik pada anak, saya syorkan cubalah Meal Shakes shaklee. Ia lain dari yang lain.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Alynn di talian di bawah ni yer.

Terima Kasih.