Thursday 24 April 2014

Tips Mendidik Anak (Bahagian 2)

Salam semua salam 1 Malaysia...

Sebelum ni Alynn dah kongsikan Tips Mendidik Anak (bahagian 1). Sekarang ni Alynn nak sambung lagi Tips Mendidik Anak.



10 Tips Mendidik Anak

Sambungan...

11.  Cuba sediakan hadiah harijadi yang unik walaupun murah kepada anak anda. Ini akan mengingatkan kepada keunikan dan belajar menghargainya. Dengan ini anak anda akan belajar menghargai orang lain.


12.  Jangan biarkan anak anda tidur tanpa ciuman seorang ayah atau ibu.


13.   Dengarlah mimpi ngeri anak anda kerana mimpi itu adalah realiti bagi dunia mereka.


14.  Hargai barang kesanyangan anak anda. Minta izin mereka dulu sebelum membuangnya. Mereka akan blajar juga menghargai barang kesayangan anda.


15.  Luangkan masa bersama-sama anak diluar rumah. Peganglah erat tangannya. 


16.  Terimalah bahawa kadang-kadang anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.


17.  Elakkan beban atau masalah pejabat di bawa ke rumah.


18.  Ajarlah kepada mereka tentang didikan agama dan ajaran yang baik-baik.




19.  Dengarlah tangisan anak anda ketika mereka resah kerana ini mungkin cara untuk mereka ambil perhatian mereka. Suatu hari nanti kita pula yang menangis untuk mendapat perhatian anak-anak kita.


20.  Ingatlah dan fikirlah bahawa anak-anak kita juga mempunyai perasaan sama macam kita.


Dah baca semuanya?

InsyaAllah sama-sama kita amalkan tips ni untuk mendidik anak kita.



No comments: