Thursday 9 January 2014

BERHARGANYA MEREKA BUATKU

Bismillahirrahmanirrahim....

Orang yang paling berharga dalam hidupku adalah mereka yg dipanggil "ma" dan "abah".

Saya pasti dan sangat pasti kalian semua pun menganggap begitu terhadap ibu bapa masing-masing seperti saya menganggap ma dan abah saya kan.

"Ma" sy ni, kalau ade masa dia buat kelepek gandum. Ala...yg lipat2 bentuk segitiga tu. Knal tak? Kalau ade org nak baru dia buat.
Haa....kalau nak order kelepak my mum blh la order ngan sy yer..hehehehe... :)

"Abah" plak tak kerja goverment. Kerja sendiri di kampung-kampung jer. Kalau ade orang suruh kupas kelapa ("koyok nyior" dalam dilek kelantan ), abah buat la keje tu. Kadang-kadang abah baiki bot nelayan. Tak menentu jugak lah.

Tapi Alhamdulillah... Hidup kami 6 beradik makan minum pakai semuanya cukup. Berkat doa ma dan abah, kami 4 beradik dah berjaya masuk Universiti.

Nak cite time nak gi sekolah pagi-pagi ni, kul 5.30 ma dh bangun nak siapkan barang-barang ape2 je untuk ke sekolah. Kami kul 6.30 dah turun dr rumah. Sebab nak kena naik bot lagi. Kami kan orang pulau.

Ni lah suasana pulau saya......

Kesian ma dan abah. Sejuk tau bila naik bot pagi2 ni. Tapi sy respect ma dan abah saya. Anda bagaimana?

Tiap kali nak ke mana-mana, mereka mesti kena naik bot dulu, sebab rumah sy sebenarnya di kelilingi air sungai Kelantan.
Mencabarkan!

Sejumlah wang tidak dapat membayar pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka.

Mereka lah yang terbaik sekali di dalam dunia ini dan tiada yang lain sehebat "ma" & "abah". I LOVE U MA, I LOVE U ABAH.
Muaaahhhhh....

<<< CHATCHANTEK DENGAN SHAKLEE >>>

No comments: