Friday 17 January 2014

Pengalaman Mencabar di Kelahiran Puteraku

Assalamualaikum.....wbt...

Today... nak crite sikit tentang pengalaman saya semasa bersalin anak yang pertama.

Pendekkan cerita... Semasa kandungan saya 31 minggu tu, hari Isnin saya ada appointment dengan Klinik Desa Che Latiff berhampiran dengan rumah saya. Macam biasa saya tak pernah pergi klinik seorang diri melainkan hubby yang teman...(manjakan..heheh).
Kalau hubby ada meeting ke ape..saya pergi lah dengan my mum...

Bila sampai je kat klinik tu...ramai plak orang biasanya jarang orang waktu pagi. Macam biasa lah bila sampai kena test urine dulu...
Bila sampai turn saya, nurse cakap urine saya ada "1 protein" (urine kotor).... Masa tu saya tak tau pe benda "1 protein" tu.
Saya pun tanya la nurse tu:
" bahaya ke kalau ade 1 protein dalam urine ni? Macam mana nak hilangkannya?

Nurse tu cakap " tak bahaya pun cuma kena minum air putih lebih la, baru protein tu hilang".

Lega cikit rasa. Sebelum tak de plak masalah macam ni.. Pastu, test tekanan darah plak... Tak tau la tiba-tiba nurse bagitau tekanan darah macam tinggi 130/90... Biar betul nurse ni tak pernah ade keturunan darah tinggi ni tiba-tiba jadi cmni..pelik!

Saya pun rileks jap tenang jap.. Test lagi tekanan darah tinggi. Masih yang sama 130/90.
Nurse cakap saya kena refer kat doktor. Ape lagi berdebar la plak rasanya dah ada 2 problem ni.

Bila saya dan hubby sampai je klinik kesihatan Badang PCB ni, nurse terus bawa saya refer doktor.

Doktor recheck saya balik dengan tekanan darah tinggi, rupanya naik lagi 140/90.. Memang tinggi dah tu tekanan darah saya ni. Ya Allah masa tu saya takut berdebar-debar dah rasa. Hanya Tuhan saja yang tau. Mana taknya...dah la 1st time pregnant and 1st time kena macam ni. Dalam famly dan keturunan saya tak pernah pun lami macam ni.

Lepas tu doktor cakap,

"awak kena tidur kat wad dah ni. Biar doktor kat sana jaga awak dan tengok keadaan awk".

Haaaa!  Apa lagi saya ingat doktor tu saje nak kena kan saya. Rupanya betullllllll.....

Doktor : "awk ke bilik makmal dan inject apa yang patut ye. Lepas tu tunggu ambulans hantar awak ke Hospital HRPZ II".

Saya ni rasa takut sangat dah ni. Tengok muka hubby pun cuak dah.

Sampai di makmal, memang kena masukkan jarum kat tangan kanan ni..Ya Allah sakitnya. Nangis-nangis saya tau...
Hubby pun sama (siapa tak sayang bini oiii)...

Woweiii..woweiiii...woweiii... Naik ambulans.

Sampai hospital, lucunya terpaksa naik kerusi roda. Padahal saya sihat jer tapi di paksa nik jugak. Naik je la...huhuhu

Dah siap hubby daftar semua, saya di hantar ke bilik bersalin (labour room). Yang sedihnye saya tak makan ape pun pagi tu. Terkejut!

Bila kat sana, tekanan darah saya still 140/90... Kena inject lagi untuk paru-paru baby cepat matang. Selepas 12 jam, kena cucuk lagi yang ubat paru-paru baby cepat matang tu. Sakit tau kawan-kawan.

Esok harinya saya di pindahkan ke wad 11. Datanglah seorang doktor pakar. Dia datang dan borak sama saya.

Doktor: Awak tau ke awak ape ni?
Saya   :  Tak tau..saya sakit ape dok?
Doktor: Sebenarnya awak ni ade tekanan
              darah tinggi semasa pregnant sahaja
              dan satu lagi awak ni mengalami 
               penyakit Pra-Eklampsia (PE).
Saya    : Ape tu PE dok?
Doktor : PE ni berkait rapat dengan tekanan
               darah tinggi. Ia boleh  
               mengakibatkan kekejangan pada ibu
               dan anak. Untuk mengelakkan
               berlakunya kekejangan pada ibu
               dan anak, awak terpaksa bersalin   
               dengan cara pembedahan walaupun
               kandungan baru 7 bulan.
               PE ni terjadi kepada sesetengah ibu
               mengandung sahaja. Selepas bersalin
               PE ni hilang dengan sendirinya.
              
Saya  :  oooo..(dalam hati ketakutan. Hanya
            Allah saja yang tau)

Selama 2 hari saya kat wad tu. Masa tu dekat ngan maghrib, my mum, dad and hubby ada time tu. Serta merta saya diserang sakit "ulu hati". Doktor yang "on call" malam tu datang dan terus bawa saya ke bilik bedsalin. Saya di pantau 24 jam sebab takut berlaku kekejangan. Tekanan darah saya melambung tinggi 160.

Esok pagi saya diberitahu yang saya perlu di operate serta merta. Then, saya di hantar ke bilik pembedahan. Masa tu hari Khamis pukul 10 pagi.

Saya berdoa "Ya Allah, selamatkanlah kandunganku dan diriku".. Tak henti-henti saya selawat. Seluruh keluarga saya masa tu semua solat hajat untuk permudahkan semua segala urusan dan keselamatan. Masa tu kandungan saya 7bulan 4 hari. Jadi saya akan melahirkan anak prematured.

Pada hari khamis bertarikh 2/2/2012.Alhamdulillah puteraku telah dilahirkan dengan selamat pada pukul 11.14 pagi dengan kelahiran prematured. Dan di beri nama MUHAMMAD DANISH MUEEZ BIN MOHD FAIZOOL. Ini lah gambar tebaru putera Alynn. Hensem tak..hehehe... Masa tu Alynn tak cuba lagi Set Shaklee.

Next pregnant SUDAH PASTI SHAKLEE WITH ME!

Nak tau kisah anak Alynn yang prematured tu??

Akan datang....stay tuned!!

Sharing is caring....

No comments: