Wednesday 23 April 2014

Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.....Salam 1 Dunia...

Nak mendidik anak pada zaman sekarang ni bukanlah mudah seperti yang disangkakan dan digambarkan. Zaman yang penuh dengan segala teknologi. Semuanya sangat sibuk.

Allahuakbar.....Mampukah kita semua untuk membimbing anak-anak kita ke arah yang lebih baik dan terpuji. Wallahuaalam....

Sama-sama lah kita mendidik anak dengan baik dan menjadi ibu mithali...InsyaAllah...Amin..

Mendidik anak ni perlu ada strategi supaya anak menjadi orang yang berguna dan tidak terpesong atau tersalah memilih jalan apabila dah besar nanti.

Di sini ada sedikit tips cara mendidik anak. Semoga boleh dikongsi dan diamalkan bersama.



10 Tips Mendidik Anak

1.  Panggillah nama anak anda dengan nama yang betul supaya ada maksudnya.

2.  Peluklah anak anda setiap hari sekerap yang mungkin kerana ini akan membantu meningkatan IQ anak anda.



3.  Pandanglah anak anda tepat ke dalam mata dengan penh kasih sayang.

4.  Berikan pelukan, ciuman, pujian sekiranya anak anda berjaya melakukan sesuatu kebaikan. Itulah tanda kita menghargai mereka.


5.  Jangan mengharapkan anak anda yang masih kanak-kanak melakukan perkara kebaikan secara berterusan kerana mereka masih dalam proses perkembangan.

6.  Tunjukkan anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka mudah meniru.

7.  Jadikan keluarga adalah yang pertama dari segala hal.

8.  Janganlah mengeluh dalam mendidik anak kerana anak akan fikir dia adalah beban untuk kita.

9.  Selalulah mendengar cerita anak anda kerana tidak ada lagi cerita itu di masa akan datang.

10.  Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


Cukuplah dulu 10 tips mendidik anak buat kali ni yer..
Nanti ada masa, saya tambah lagi 10 tips cara mendidik anak...

Tungguuuuuuu entry seterusnya ya...


2 comments:

Unknown said...

tips yang baik. terima kasih. :)

Unknown said...

sama-sama lah kita share yang baik yer... :)