Tuesday, 25 March 2014

Kenali Jenis, Tanda Dan Punca Buasir


Ramai yang mengambil remeh tentang masalah buasir ni. Sedangkan kalau tidak di rawat ia semakin bahaya.



Apa itu Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembekakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, menyebabkan membran membengkak dan merasa sakit, pedih, gatal dan berdarah.

Buasir ini terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah terlalu tinggi menyebabkan dinding vena "memberi" dan menonjol keluar.
Kadang kala ia boleh pecah sewaktu meneran membuang air besar.



Jenis-jenis Buasir


Ada 2 jenis buasir ni:

1.  Buasir Dalaman

  • Pesakit tidak akan merasa gatal dan sakit kerana ia terletak jauh di dalam rektum.
  • Tidak merbahaya tetapi jika pesakit meneran akan menyebabkan kecederaan berlaku dan berdarah.
  • Titisan darah akan terlihat di mangkuk tandas/tisu

2.  Buasir Luaran
  • Jenis ini aka merasa sakit, gatal, pedih di dubur. Jika benjolan ini tersepit akan menyebabkan pengaliran darah terhenti dan menyebabkan darah beku. Inilah punca kesakitan pesakit buasir.
  • Boleh terjadi berulang kali

Siapakah yang tergolong dalam golongan berisiko ni?

  • Sejarah keluarga / keturunan
  • Batuk berterusan
  • Mengandung
  • Kebiasaan meneran semasa membuang air besar

Apakah punca-punca Buasir?

  • Sembelit
  • Duduk terlalu lama
  • Batuk berterusan / batuk kering
  • Melakukan seks melalui dubur
  • Mencangkung terlalu lama
  • Mengangkat benda berat
  • Meneran semasa membuang air besar

Tanda-tanda Buasir?


Antaranya:
  • Lebihan daging / ketulan di bahagian dubur
  • Berdarah selepas membuang air besar
  • Sakit semasa meneran
  • Sakit dan pedih selepas membuang

Bagaimana pula untuk mencegah buasir ni dan rawatan buasir ni?

Haaa...tunggu next entry Alynn cerita plak yer....Sebab masa telah mencemburui ku...

Stay tuned!




@ CEGAH SEMBELIT CEGAH BUASIR @


2 comments:

Fiza Rahman said...

Member kat office ni dah 2 kali operate sbb buasir.

Alynn Mueez said...

Eh yeke Fiza...kesiannya...tu la Buasir ni walaupun operate kemungkinan boleh kena lagi..