Monday 24 March 2014

Pengalaman Menjaga Anak Premature

Assalamualaikum wbt...


Tetiba jer rasa teringat masa menjaga anak Alynn (Danish) yang seorang baby premature. Alynn bersalin masa tu 7 bulan. Masih segar lagi dalam ingatan Pengalaman mencabar melahirkan puteraku.


Danish berada di hospital hampir 2 bulan untuk rawatan premature. Alynn pun sama la tinggal kat wad bersama anak. Selepas Dahish lahir, 4 hari tak dapat tengok anak sebab masa tu keadaan masih dalam pantauan doktor..Tapi masih gagahkan diri ke wad selepas hari ke 4 sebab nak tengok putera kesayangku nih.

Balik umah masa berat danish 1.78 kg. Kecil kan..
Masa kat umah tu memang rumit la nak jaga baby premature ni.

Apa yang tak boleh untuk baby premature ni?

Satu, 

Tak boleh pasang kipas sebab takut habuk. Sehinggakan papa dia g beli aircond nih sebab risau takut habuk. Masa ni baby premature paru-paru dia tak matang lagi.Memang jaga hati2 lah. Yela anak pertama kan..hehehe..


Dua, 

Mandikan sekali sehari sahaja sehingga anak mencapai 2.5 kg. Nak cite time ni memang susah sikit la mandikan Danish sebab sangat kecil kan. Alynn mandikan atas tilam cam gitu jer. Lap-lap badan dengan kapas jer. (ikut cara doktor la..)heheh..

Tiga,

Jauhi dari terkena angin yang kuat bimbang tersumbat hidung. Sayakan selalu naik boat. area pulau angin kuat.huuuhhuuhu


Empat,

Tidak boleh berada di kawasan orang yang ramai sebab kebarangkalian bbay premature cepat biru dan kejang. Saya memang tak keluar rumah lah sehingga berat Danish 3 kg lebih.

Kalau pergi klinik pun, doktor akan panggil saya dan anak masuk terus dalam bilik seba kat luarkan ramai orang. Special gitu terus masuk dalam bilik..kikiki


Kelima,

Sebelum pegang Danish ni,WAJIB basuh tangan dengan sabun dan pakai antiseptic tu. Sebab baby Prematured senang mendapat jangkitan.

Herm tu jah kot yang Alynn rasa macam rumit sikit nak jaga baby Premature ni.  

Itulah pengalaman Alynn menjaga Danish yang seorang baby premature.
Orang lain saya tak tau macam mana penjagaannya..mungkin lebih baik lagi ari saya kan.

Boleh kongsikan di sini bersama.

Walaupun Danish lahir premature tapi saya bersyukur sebab dia sihat . Alhamdulillah sekarang Danish dah sihat walafiat dan berumur 2 tahun berat 14 kg.





2 comments:

Hafizul said...

Alhamdulillah..sekarang dah sihat dan semoga sihat sejahtera selalu...kan? emm dugaan macam ni akan memberikan kita pengalaman hidup yang manis tak terkata...

Unknown said...

Yer betul tu hafizul...pengalaman membuatkan kita lebih faham twntang kehidupan...Alhamdulillaj dah besau Danish dan semakin sihat...